Search This Blog

Friday 6 January 2012

DIA

"Aku minta maaflah. Sebabnya aku tak mampu tunaikan janji aku. Lagipun aku tak layak jadi kawan kau. Aku ini jahat sangat. Semoga berjaya nanti", tangannya laju menekan-nekan huruf pada papan kekunci. Lalu ditekannya pula butang 'enter'. Dia sedang berfikir. Dia memang banyak membuat kesilapan sepanjang dia di situ. Kadang-kadang timbul rasa sesal kerana meninggalkan kehidupannya dulu. Tetapi apabila difikirkan semula, dia memang membuat keputusan yang benar. Jika tidak, mungkin sekarang dia bekerja di ladang di bawah matahari yang selalu mengganas pada hari siang. Atau masih terperap dalam bilik menunggu air sungai yang melimpah surut.

Matanya sedang ligat memerhati huruf di skrin. Status yang ditulis kadang ada yang melempar sepenuh amarahnya.. Ada juga yang buat lucunya. Disebalik itu dia madih memikirkan kehidupannya sepanjang tahun itu. Dia merasakan dirinya terlalu bodoh, kebudak-budakan dan di luar kawalan. Alangkah malunya dia apabila memikirkan itu semua.

Kini dia harus bersikap dewasa. Memandangkan dia pun telah mencecah 18 tahun. Tidak lagi dicop sebagai manusia bawah umur. Dia sepatutnya cukup matang untuk menguruskan hidup demi masa depan.



....................

No comments:

Post a Comment